Alfatihah
|
Timbalan Menteri Pelajaran meninggal dunia Written by Syah |
| Saturday, 29 November 2008 11:06 |
|
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Ianya disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom. Anggota Parlimen Kuala Terengganu itu difahamkan jatuh rebah ketika beliau sedang bermain badminton. Beliau mempunyai seorang isteri Datin Nooraini Lob Yusoff dan lima anak. |
Malaysiatoday]
Kenangan Abadi
Jika Hari Ini
Sudah pasti semuanya akan merasakan suasana kegembiraan itu.Tuhan lebih menyayanginya dan akhirnya sinaran bintang gemerlapan itu telah hilang cahayanya....sebelum malam hening menjelma.
Alfatihah untuk allahyarham Dato Haji Razali Ismail.
Harapanku
Sesungguhnya......
Sesuatu yang cantik dan indah itu
Semestinya datang daripada Maha pencipta
Langit dan bumi milikNya.
Ya Allah...
Terlalu besar dugaanMu padaku
Amat sukarku galas.
Sesungguhnya
Dalam realiti ada nur kasih terpancar
Akukah antara yang Engkau pilih
Untuk tidak terlalu lama bertapak
Di atas nikmat ini.....
Dan terus menanti mengharap impian di sebaliknya....
Seperti dahulu....
Inilah Perjanjian Mutlak.
- deo
- Ranau, Sabah, Malaysia
- Saya lebih suka dengan sikap berterus terang.Membuat keputusan yang drastik merugikan.Ilhamkan rangka draf dan usahakan.Kegagalan hari kelmarin direnungkan hari ini dan esok tidak berulang lagi.
Berita Kematian
Profail
Mengenai Dato Razali
Wednesday, June 10, 2009
Dato Hj.Razali Ismail
PENDIDIKAN
Beliau mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang sebelum meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Kemudian, Razali melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang sejarah. Setelah mengajar beberapa tahun, beliau tidak melepaskan peluang untuk membuat Sarjana Pendidikan di Birmingham, United Kingdom.
KERJAYA
Memulakan kerjaya sebagai guru, beliau juga merupakan pensyarah di beberapa buah maktab perguruan di Malaysia. Beliau menjadi timbalan pengetua di Maktab Perguruan Kota Bharu sebelum dilantik pengetua Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu dan kemudiannya di Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Terengganu. Setelah itu, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.Beliau kemudiannya dilantik sebagai pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran pada 2002.Bertanding Pada Pilihanraya Umum 2004 dan menewaskan penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada PAS,Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN)
PILIHAN RAYA
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari PAS, Mohamad Sabu dan Maimun Yusuf (Bebas) dengan majoriti sebanyak 628 undi. Beliau memperolehi 32,562 undi berbanding lawannya memperolehi 31,934 undi dan calon Bebas hanya mendapat 685 undi.
MENINGGAL DUNIA
Beliau meninggal dunia pada 28 November 2008 di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland, Pahang. Beliau dikatakan rebah ketika bermain badminton di institut itu.Allayaram meninggal pada umur 59 tahun.Pada 16 Januari 2009, hasrat kerajaan bagi mengabadikan Allahyarham Dato' Razali Ismail dengan jasa dan sumbang bakti beliau kepada anak didik Terengganu, Datuk Seri Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia 2008 telah merasmikan nama Institusi Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato' Razali Ismail dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu. Beliau merupakan salah seorang tokoh politik yang berjiwa rakyat. Hal ini menyebabkan rakyat parlimen Kuala Terengganu amat merasai kematian beliau. Kepepimpinan serta semangat wakil rakyat yang ditonjolkan oleh beliau turut disenangi oleh parti pembangkang. Hal ini dibuktikan dengan kenyataan oleh Pesuruhjaya Pas Terengganu,Mustafa Ali yang menyifatkan Razali sebagai seorang pemimpin yang bersih. Bagaimanapun kempen-kempen tersebut gagal memenangkan calon UMNO dalam Pilihan raya kecil Kuala Terengganu 2009.Yang Berhormat DatukRazali IsmailTimbalan Menteri PelajaranTempoh berjawat18 Mac 2008 – 28 November 2008Ahli Parlimenuntuk P36 Kuala Terengganu, TerengganuTempoh berjawat8 Mac 2008 – 28 November 2008Tarikh lahir 25 Jun 1949Tempat lahir Hulu Terengganu, TerengganuMeninggal 28 November 2008Genting Highland, PahangParti politik Barisan Nasional - UMNOAnak 5 orang (muhammad nurazli,asrul shah,khairul amar,khairul anwar,khairul arif)Pekerjaan Menteri Kabinet, Ahli ParlimenAgama Islam
Terima Kasih Dato
Getar hujung lidahmu bak berbisa bulat dan satu persatu menggolek hulu jantung.Akan tertanam dalam dan tak akan tercabut-cabut lagi.
Masa hayatmu bersama kami dalam Grup Teater Kencana [GTK] Maktab Perguruan kent Tuaran Sabah.Nama Maktab Kent Tuaran amat digeruni sekitar tahun 1984-86 di negeri Sabah di atas pencapaian selalu menjadi johan dalam pertandingan teater peringkat negeri.
1985 GTK Muncul juara pesta teater kebangsaan,naib juara pestarama kebudayaan peringkat kebangsaan pada tahun 2986.
melakar sejarah membuat program teater keliling dan membuat persembahan di beberapa daerah di Sabah
Maktab Keningau
Maktab Gaya
Daerah Ranau
Daerah Beaufort
Daerah Tamparuli
Daerah Kudat
Daerah Tuaran
Jelajah teater di dewan James Brooke Maktab Perguuruan Batu Lintang Sarawak pada tahun 1986.Perbelanjaan ditaja oleh Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan Negeri Sabah di bawah Pengurusan SU KKBS Datuk Masidi Manjun.
Kami amat bertuah di bawah payung didik ilmumu.
PENDUKUNG WATAK - Grup Teater Kencana
SENIOR: Mahat Satiman,Budrie Ahmad,Bertah Benjamin,Harun Durabi,Moris Kundapit,Bustami Ungki,Ramli Gafar,Abduhul Amatul.....
JUNIOR: Saidi Liasan.Abd.Wahab Hj.Ahmad,Ismail Aliassan,Jaapar Marlan,Joan Jerome,Julita James,Stephanie Majawal,Rosin Panggaton,Hakmat Abdullah,Masnin Sinon.....
Hargai Bersama
Siapa lagi yang akan mengingati kalau bukan orang yang pernah mengambil berat tentang perjuangannya yang berwawasan kepada bangsa agama dan negara.
Keluhuran dan kerendahan hatinya yang telah diberikan kepercayaan untuk memulakan kerjaya berpolitik terhenti kerana Allah mengasihinya.
Sesungguhnya...Dalam Kabinet Malaysia di bawah teraju Datuk Sri Najib Tun Abd.Razak sebagai Perdana Menteri [2010...]Sudah tentu dan pasti Dato Hj.Razali Hj.Ismail adalah Menteri Pelajaran Malaysia.
"HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG"
"MANUSIA MATI MENINGGALKAN JASA DAN NAMA"
